Click here for Myspace Layouts

Monday 7 October 2013

OH MY KNEE

okay , nie semalam punya cerita . hajat pagi semalam nak pergi kelas lambat sebab dah buat oral presentation malam kelmarin . tapi bila memikirkan yang aku cume menumpang orang , aku batalkan hasrat aku . memang letih sebab pagi ahad tu ade sukan JTMK , gila kau , sukan hari ahad . macam takde hari lain ke . huh ! malam tu pulak lecturer nak buat kelas untuk oral .

okay , nak diikutkan cerita pagi tu , awal aku bangun pagi ni sebab nak bereskan banyak kerja . aku jatuh . entah macam mana bila aku nak bangun lutut aku macam kena renjatan . sakit gila weyh . ikutkan hati , memang taknak datang kelas jer pagi tu . tapi lecturer computer essential pulak nak buat test . ku gagahkan jua .

aku ingat kaki aku nie dah okay , so aku buat macam biasa . bila nak sujud , Ya Allah .. rase  nak menangis . aku tak tahu laa apa masalah kaki aku nie . aku nak letak minyak , tapi yang ade wick dengan koyop jer kat sini . lepas sapu ngan wick , ak tampal koyop . punyer beso koyop tu aku tampal . lega laa sikit lepas letak tu . 

bangun pagi nie , lutut aku dah bengkak . kakak aku ajak pergi klinik . TAKNAK aku pergi klinik . bukan taste aku nak ke klinik pun . kalau dia bagi ubat pun bukan nyer aku makan . ke tong sampah jugak ubat tu . kesian ubat tu . ape nak jadi dengan lutut aku nie pun aku taktahu . biarkan jela . bukan tak boleh baik kot . mesti lame lame hilang jugak . kan3 ? kbye

Thursday 3 October 2013

YSUB

Sihat semua ? Aku memang jarang update blog sebab aku lebih prefer update something kat twitter , wechat ngan facebook jer . Kadang kadang tu ramai member macam tak suka aku update apa apa kat facebook. Nak buat macam mana dah tu hobi aku. Tak suka delete jer aku  dari list friend . Aku tak kisah sebab tu hak diorang . Hari nie saje berubah angin nak update kat blog. Saje suka suki nak update . 

Kira nyer bulan nie bulan yang agak busy jugak laa . Mane tak nyer final nak dekat dengan test nyer , quiz nyer , assignment itu usah cakap laa . Memanjang ade . Takpe laa dah life seorang study . Tak gitu .

Minggu lepas memang aku tak menang tangan . Sebab ape ? First sebab teater . Aku ade laa jugak berlakon scene 1 smpai 3 . Saje nak memeriahkan pentas . HAHAHA . Kira budak kelas aku bertungkus lumus laa untuk teater soft skill , markah tu beb . And , tak sia sia , kami jadi juara untuk untuk teater tu . Itu semua usaha dilakukan semua pihak . Good job guys .
time practice teater



Inilah hasilnya 

Tutup citer pasal teater . Minggu tu jugak , aku keluar dari penjara . Penjara mana ? Mane lagi kalau bukan Kamsis . Sepanjang dua hari tu memang aku banyak kemas barang barang yang ade dalam bilik tu . letih laa jugak . Tapi takpe . Aku tak kisah . Now , aku dah tinggal ngan kakak . Kira puas laa , tak payah nak dikongkong oleh akak2 n abg2 JPK tu . 

Start minggu nie pulak , tiga hari berturut turut disajikan dengan hidangan kawad .  Dari pukul 4 sampai laa pukul 6 . Nasib laa cuaca mendung tapi tetap banyak peluh nie keluar . untung kami dapat tentera yg lawak . Sepanjang mase , ade jer bende yang lawaknya . Sampai sakit perut aku gelak . tiga hari tu laa tak cukup rehat , assignment laa , oral laa , test waktu malam nyer pulak . Gila , letih aku . 

Ok laa .. itu saje yang nak diceritakan petang . Sekian . Terima kasih . 





Thursday 27 June 2013

everything gonna be okay


hai ! hai ! hai ! sihat semua ? harap harap kalian sihat laa yer .. lame aku tak mengupdate ape2 kat sini .. last aku update blog pun tahun lepas . sekarang baru berjinak jinak kembali berblogging .. OKAY2 ..

aku nak cerita pasal life aku yang sekarang ini n aku sedang belajar atau baru menuntut di IPT  . Alhamdulillah , dengan rezeki Allah aku berjaya memasuki politeknik kt Ipoh.. aku dapat bidang IT Networking .. first2 , aku takut sebab aku memang tak ade langsung asas2 IT nih .. satu hari tu , aku memang tekad nak tukar course , sampai aku call pihak HEP . Maklum balas yang aku terima sangat sangatlah mengecewekan . TIDAK BERJAYA tukar course . aku redha . aku fikir Allah SWT dah atur semua perjalanan aku . perancangan Allah SWT semuanya indah ..

hari pendaftaran aku berjalan dengan lancar . bila family nak balik , aku rasa sebak , yelakan first time berjauh dengan family . aku ingatkan esoknyer aku okay . tup tup , lain pulak . yerrr , baru aku tahu camne perasaan HOMESICK !! dulu mengata orang , kang dah kene kat batang hidung sendiri . padan muka aku .

hari berganti hari , ku rawat jua perasaan gundah gelana ku .. orientasi aku selama 3 hari pun berjalan dengan lancar . walaupun letih tapi best . paling aku suke orientasi kat KAMSIS .. terbaik laa .. new friends !! new life !! meh2 , jemput2 usha gambo nih ..

yan , aku , hidayah , rahma



networking students 


jiran2 tetangga 

ermm , kire terbako jugak laa kulit muka aku buat bende nih .. 2 jam kot , panas pulak tu!


matrik kad :)

sedar tak sedar dah dua minggu aku kat Ipoh .  alhamdulillah , aku dapat manage semua bende di sini . family and member2 pun selalu nasihat suruh aku jaga diri aku kat sini . insyaaAllah , aku akan pegang kata2 itu . 
IN THE END ,, DIP. NETWORKING SYSTEM , INSYAAALLAH , BERBEKALKAN 3 TAHUN , AKU AKAN CUBA DAN TERUS CUBA . ADA HWAITING !!!











Sunday 9 December 2012

bicara hati

Assalamualaikum semua .. 

Lame sudah aku tidak meng'update' blog aku . sudah bersawang dah . kini aku bebas dari SPM . walaupun , aku bebas . tapi aku masih digeruni dengan result SPM aku . harap dapat flying colour lahhh(harapan) . actually , aku sebenarnya masih berharap agar aku boleh bersekolah semula . 


Member : alaaa , klau nak sekolah sangat masuk laa Form 6 ( ayat separuh perli ) Aku : tak same yob . aku nak semua kawan2 macam sekolah lama . baru best . Member  : ngade2 , tu lahh , waktu sekolah dulu main2 , sekarang dah gedik2 nak sekolah -.-*terima kasih atas syarahannya ..



tapi , nak buat macam mane , masa tidak boleh diundur lagi . waktu hantar buku teks baru nih , tak tergambar macam mane gembira dapat jumpe member2 aku . seronok beno . 

life aku sekarang , ermmm , entahlah . menghitung hari yang sepi tanpa sebarang aktiviti yang menarik . kakak aku pulak dah sambung belajar . kawan2 aku semua busy . ade yang kerja laa . ade yang pergi kursus laa . sampai bagi mesej kat diorang pon tak balas . sampai hati . touching ( gedik laa plak ) . bapak aku pulak tak bagi kerja . dia cakap duduk umah , belajar masak , jadi perempuan yang sebenar . yolahh , anakmu menurut perintah . 

 aku  menanti dan terus menanti . ape yang nantikan pulak nih ? aku menantikan insan yang sentiasa sinar menerangi hari - hariku . I Miss You , Mr. Perfect .  dia lelaki budiman . dia lelaki gentleman . dia lelaki yang memahami . dia lelaki yang bijak . dia .... segalanya . tapi , aku serahkan segalanya pada jodoh . terlalu awal memikirkan tentang jodoh . 

sampai disini dulu ceritaku . pening makan durian banyak sangat . sampai tak boleh nak tulis sebab dah hilang idea . 
























Monday 4 June 2012

Gerhana Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nak tahu macam mana gerhana bulan wujud ? Gerhana bulan wujud apabila bulan sebahagian daripada bayang - bayang bumi . Gerhana bulan ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari , bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama , atau sangat hampir . Hari ini , malam ini , 4/6/2012 , meh kite usha bulan malam karang (kot-2 nampak) .




p/s : dengar - dengar planet Zuhrah akan melalui bumi pada 6 jun 2012 nih . :)