Click here for Myspace Layouts

Sunday 9 December 2012

bicara hati

Assalamualaikum semua .. 

Lame sudah aku tidak meng'update' blog aku . sudah bersawang dah . kini aku bebas dari SPM . walaupun , aku bebas . tapi aku masih digeruni dengan result SPM aku . harap dapat flying colour lahhh(harapan) . actually , aku sebenarnya masih berharap agar aku boleh bersekolah semula . 


Member : alaaa , klau nak sekolah sangat masuk laa Form 6 ( ayat separuh perli ) Aku : tak same yob . aku nak semua kawan2 macam sekolah lama . baru best . Member  : ngade2 , tu lahh , waktu sekolah dulu main2 , sekarang dah gedik2 nak sekolah -.-*terima kasih atas syarahannya ..



tapi , nak buat macam mane , masa tidak boleh diundur lagi . waktu hantar buku teks baru nih , tak tergambar macam mane gembira dapat jumpe member2 aku . seronok beno . 

life aku sekarang , ermmm , entahlah . menghitung hari yang sepi tanpa sebarang aktiviti yang menarik . kakak aku pulak dah sambung belajar . kawan2 aku semua busy . ade yang kerja laa . ade yang pergi kursus laa . sampai bagi mesej kat diorang pon tak balas . sampai hati . touching ( gedik laa plak ) . bapak aku pulak tak bagi kerja . dia cakap duduk umah , belajar masak , jadi perempuan yang sebenar . yolahh , anakmu menurut perintah . 

 aku  menanti dan terus menanti . ape yang nantikan pulak nih ? aku menantikan insan yang sentiasa sinar menerangi hari - hariku . I Miss You , Mr. Perfect .  dia lelaki budiman . dia lelaki gentleman . dia lelaki yang memahami . dia lelaki yang bijak . dia .... segalanya . tapi , aku serahkan segalanya pada jodoh . terlalu awal memikirkan tentang jodoh . 

sampai disini dulu ceritaku . pening makan durian banyak sangat . sampai tak boleh nak tulis sebab dah hilang idea . 
























Monday 4 June 2012

Gerhana Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nak tahu macam mana gerhana bulan wujud ? Gerhana bulan wujud apabila bulan sebahagian daripada bayang - bayang bumi . Gerhana bulan ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari , bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama , atau sangat hampir . Hari ini , malam ini , 4/6/2012 , meh kite usha bulan malam karang (kot-2 nampak) .




p/s : dengar - dengar planet Zuhrah akan melalui bumi pada 6 jun 2012 nih . :)


Wednesday 30 May 2012

sepetang di kolej komuniti k.kangsar

assalamualaikum . aku tak tau nak tulis ape daaa , korang tengok laa sendiri gambar2 dibawah ini yang aku uploadkan . oleh sebab facebook aku dah deactive atas sebab2 tertentu , aku uploadkan jugak kat blog aku . gambar nih waktu hari rabu 25/4/2012 . aku pergi ke kolej komuniti sebab ade ceramah pasal kegiatan jenayah kat malaysia . pasukan startkick yang beri domonstrasi macam mana nak tangani masalah nih . pasukan startkick nih diketuai oleh seorang hamba Allah yang dikenali sebagai 'daddy' . banyak input dengan output bile pergi ceramah tuh , sekolah kami dipilih ( 3 buah sekolah ) sekolah aku , smk temenggong kati dan lagi satu sekolah aku tak ingat . aku balik dari sekolah pukul 12.00 tgh hari . sampai sekolah balik pukul 2.00 petang . tapi , bertolak dari sekolah 3.00 petang . -.- . penat tunggu ! penat penat pun dapat aku tangkap gambo , yelaa , kenangan form5 . tahun last kot . sampai disana , sekolah kami disambut dengan wanita UMNO bhgian K.Kangsar . bila aku nak masuk , mereka (wanita UMNO) bagi makanan ringan mcm cekelat2 gitu . okelahh , terimas sgt2 . meh usha jap gambo2 kat bawah nih .

mira n mila




mira , mimie , mila , nad , yun


we're SPM victim !! 

dibah , milah , mira , dayang , yun


nak tau aku yang mane ? yang tengah tuh aku lerr 


mereka sentiasa bersama 

p.ketua pengawas nih :)


shida n mimie jugak <3


cegu amir yang uruskan program nih


!!.adah n atyn .!!


siti n najihah 






gambar 3 diatas nih apabila sorg daripada budak skolah aku naik pentas . DIN name dia 


zam malu2 plak 

muka dia lagi


mereke kawan aku 


one more snap :)




skip. skip . skip , dah pukul 6.00 petang . time untuk balik dapat lagi makanan , yess , makan lagi .hehe . naik bas lalu kat lubuk (buat buat tahu jela) . wehhh , pening giler . tapi hari itu hari paling best . paling best ke ? best laa jugak ~

salam , shuhada 

kisah hati 25/5/2012

25/5/2012
genap dua tahun .. apa dia erk ? biar aku sahaja yang tahu . biar hati ini sahaja yang tahu .
dikala malam yang sunyi aku sentiasa mengenangkan dirimu . aku tak tahu kenapa sukar untuk aku melupakan kamu . memang aku terlalu muda untuk berbicara tentang cinta , tetapi aku tak boleh menafikannya . saranghae . chuwahae . bogoshipda . otooookkaaaaajoooo???????? kini , satu kelas aku tahu siapa dia dihati aku .

dua hari kemudian , birthday dia yang ke-17 . aku sendiri serba salah dengan pemberian hadiah itu . maklumlah aku mane ade pengalaman bagi hadiah kat orang lain . dia yang first . itu pun atas nasihat seorang hamba Allah dalam kelas aku tuh . "betul ke ape buat nih ?" , ayat itu jer yang terlintas di kepala aku setiap hari . bila aku teringatkan kamu , aku sentiase nyanyi lagu nih .


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...




kau sentiasa ilhamku ..  


nah bunga untuk kamu  , SA 

Wordless Wednesday ~ Rooftop Prince

Assalamualaikum , hai semua . sudah lama tak post something kat blog nih . aku saja nak masukkan gambar2 citer Rooftop Prince . jom tengok . 

last episode 


prince lee gak 


this picture make me laugh so much 


I love them 


prince lee gak with park ha


do chi san , song man bo , lee gak , yoo chul






last episode 

second and third last episode memang sedih giler . tak pernah aku menangis beria sangat bila tengok citer korea . tapi citer rooftop prince memang menyentuh emosi gua lerr . 



salam , shuhada

Tuesday 6 March 2012

takde kerja cari kerja :D

assalamualaikum n salam sejahtera


beberapa hari yang lepas (tak ingat hari apa) . sedang aku rajin menelaah buku (bajet jer) , cikgu PSS sekolah aku datang ke kelas suruh aku stayback kat sekolah .

gambar hiasan semata-mata


aku ingatkan suruh bertugas susun buku ke balut buku ke .. rupe-2nya suruh aku and dayang's geng (tak kenal pon) cat dekat dinding luar PSS . so k , aku tak kesah langsung . aku lagi suka buat kerja-2 macam tu . hilang sikit stress dalam kepala otak ini . enjoy jugak laa waktu tuh . lagipun last pegang cat waktu aku lepasan UPSR . berzaman , berkurun punye cerita sudah ! tambah pulak dengan kehadiran dua orang hamba Allah yang begitu polite dengan kakak kakak senior diorang . betul-2 appreciate. kihkihkih . kome tengok laa sendiri . TAARAAAAA ~ 



dibah buat dengan kekusyukan . ish-3 dayang nih pantang nak camera kan ? :D



nie sorang lagi , suke sangat 'modelling cat' erk .. 



penuh dengan kelembutan . kahkahkah :P ntah hape-hape jer 

! sekian saje ! peace no war !




Sunday 4 March 2012

EXAM ! IA BERMULA ~

assalamualaikum 

bermulalah peperangan untuk SPM tahun nih . 7/3/2012 - 9/3/2012 .
aku tak nak hampakan family aku . cukuplah waktu aku pom 3 , aku dah 
hampakan mereka . aku taknak peristiwe tuh berulang . ohhh exam ! 
aku nak buat yang terbaik untuk family , kawan-2 , cikgu-2 n semue-2 .
aku akan tahan nafsu untuk online FB , update blog or pape jer yang mengganggu aku nak exam . i believe i can do that !


 ! usaha itu penting !
doakan yang terbaik untuk . kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik .












Monday 27 February 2012

KISAH CINTA SYAIDINA 'ALI R.A DENGAN PUTERI RASULULLAH S.A.W

ASSALAMUALAIKUM ..

petang-2 yang sejuk or berangin (nak ujan) . aku nak share tentang kisah cinta saidina ali dengan puteri rasulullah S.A.W. aku suka kisah cinta nih . walaupun aku hanya copypaste dari group bidadari muslimah . harap korang pon suka . sharing is caring . 


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


lepas aku bace .. tetibe perut aku lapar . aku menjamah chezzy wedges dulu yer.


Friday 10 February 2012

PENGARUH GEMERSIK KALBU

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA 

stokin aku ade name SOFIAN . korang ade ? hehe . just kidding . citer GEMERSIK KALBU kalau bace novel memang romantik tapi , bile tengok kt tv . tade feel langsong . :D  aku sebenarnyerr tak tahu syarikat mane yang makeover stokin ni . jadi ragu-ragu pulak . *rebe beno nak ragu-ragu *


Tuesday 7 February 2012

!! ..LYRICS TRANSLATION ENGLISH.. !! BECAUSE I MISS YOU BY JUNG YONGHWA ~ HEARTSTRINGS OST

Assalamualaikum n salam sejahtera .  Tibe-tibe rase nak post lagu  favourite aku nih .. aku suke lirik lagu nih .. bermakne rasenyer . hehehe . perasan jer . oke , inilah luahan hati aku utk seseorg . siape ? biarlah , aku jer yang tahu . jum layan lirik lagu nih . 




neul ttokgateun haneure neul gateun haru
geudaega eomneun geot malgoneun dallajin ge eomneunde 
nan utgoman sipeunde da ijeun deusi
amuil aneun deut geureoke
useumyeon salgopeunde


geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
maeil nan honjaseoman geudaereul bureugo bulleobway0
bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
ije nan seupgwancheoreom geudae ireumman bureuneyo
oneuldo..

nan bonaenjul aratjyo da namgimeobsi
anijyo anijyo nan ajik geudaereul mot bonaetjyo
geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
maeil nan honjaseoman geudaereul bureugo bulleobwayo

bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
ije nan seupgwancheoreom geudae ireumman bureuneyo
oneuldo..

haruharuga jugeul geotman gateun eotteoke haeya haeyo
saranghae saranghaeyo geudaereul saranghaeyo
maljocha motagoseo geudaereul geureoke bonaenneyo
mianhae mianhaeyo naemari deullinayo
dwineuseun nae gobaegeul geudaen deureul su isseulkkayo
saranghaeyo


TRANSLATION TO ENGLISH

Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days

Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you

Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

jum usha video nih . hope uoll enjoy .. :D