Wednesday, 9 October 2013
Monday, 7 October 2013
OH MY KNEE
okay , nie semalam punya cerita . hajat pagi semalam nak pergi kelas lambat sebab dah buat oral presentation malam kelmarin . tapi bila memikirkan yang aku cume menumpang orang , aku batalkan hasrat aku . memang letih sebab pagi ahad tu ade sukan JTMK , gila kau , sukan hari ahad . macam takde hari lain ke . huh ! malam tu pulak lecturer nak buat kelas untuk oral .
okay , nak diikutkan cerita pagi tu , awal aku bangun pagi ni sebab nak bereskan banyak kerja . aku jatuh . entah macam mana bila aku nak bangun lutut aku macam kena renjatan . sakit gila weyh . ikutkan hati , memang taknak datang kelas jer pagi tu . tapi lecturer computer essential pulak nak buat test . ku gagahkan jua .
aku ingat kaki aku nie dah okay , so aku buat macam biasa . bila nak sujud , Ya Allah .. rase nak menangis . aku tak tahu laa apa masalah kaki aku nie . aku nak letak minyak , tapi yang ade wick dengan koyop jer kat sini . lepas sapu ngan wick , ak tampal koyop . punyer beso koyop tu aku tampal . lega laa sikit lepas letak tu .
bangun pagi nie , lutut aku dah bengkak . kakak aku ajak pergi klinik . TAKNAK aku pergi klinik . bukan taste aku nak ke klinik pun . kalau dia bagi ubat pun bukan nyer aku makan . ke tong sampah jugak ubat tu . kesian ubat tu . ape nak jadi dengan lutut aku nie pun aku taktahu . biarkan jela . bukan tak boleh baik kot . mesti lame lame hilang jugak . kan3 ? kbye
Thursday, 3 October 2013
YSUB
Sihat semua ? Aku memang jarang update blog sebab aku lebih prefer update something kat twitter , wechat ngan facebook jer . Kadang kadang tu ramai member macam tak suka aku update apa apa kat facebook. Nak buat macam mana dah tu hobi aku. Tak suka delete jer aku dari list friend . Aku tak kisah sebab tu hak diorang . Hari nie saje berubah angin nak update kat blog. Saje suka suki nak update .
Kira nyer bulan nie bulan yang agak busy jugak laa . Mane tak nyer final nak dekat dengan test nyer , quiz nyer , assignment itu usah cakap laa . Memanjang ade . Takpe laa dah life seorang study . Tak gitu .
Minggu lepas memang aku tak menang tangan . Sebab ape ? First sebab teater . Aku ade laa jugak berlakon scene 1 smpai 3 . Saje nak memeriahkan pentas . HAHAHA . Kira budak kelas aku bertungkus lumus laa untuk teater soft skill , markah tu beb . And , tak sia sia , kami jadi juara untuk untuk teater tu . Itu semua usaha dilakukan semua pihak . Good job guys .
time practice teater
Inilah hasilnya
Tutup citer pasal teater . Minggu tu jugak , aku keluar dari penjara . Penjara mana ? Mane lagi kalau bukan Kamsis . Sepanjang dua hari tu memang aku banyak kemas barang barang yang ade dalam bilik tu . letih laa jugak . Tapi takpe . Aku tak kisah . Now , aku dah tinggal ngan kakak . Kira puas laa , tak payah nak dikongkong oleh akak2 n abg2 JPK tu .
Start minggu nie pulak , tiga hari berturut turut disajikan dengan hidangan kawad . Dari pukul 4 sampai laa pukul 6 . Nasib laa cuaca mendung tapi tetap banyak peluh nie keluar . untung kami dapat tentera yg lawak . Sepanjang mase , ade jer bende yang lawaknya . Sampai sakit perut aku gelak . tiga hari tu laa tak cukup rehat , assignment laa , oral laa , test waktu malam nyer pulak . Gila , letih aku .
Ok laa .. itu saje yang nak diceritakan petang . Sekian . Terima kasih .
Thursday, 27 June 2013
everything gonna be okay
hai ! hai ! hai ! sihat semua ? harap harap kalian sihat laa yer .. lame aku tak mengupdate ape2 kat sini .. last aku update blog pun tahun lepas . sekarang baru berjinak jinak kembali berblogging .. OKAY2 ..
aku nak cerita pasal life aku yang sekarang ini n aku sedang belajar atau baru menuntut di IPT . Alhamdulillah , dengan rezeki Allah aku berjaya memasuki politeknik kt Ipoh.. aku dapat bidang IT Networking .. first2 , aku takut sebab aku memang tak ade langsung asas2 IT nih .. satu hari tu , aku memang tekad nak tukar course , sampai aku call pihak HEP . Maklum balas yang aku terima sangat sangatlah mengecewekan . TIDAK BERJAYA tukar course . aku redha . aku fikir Allah SWT dah atur semua perjalanan aku . perancangan Allah SWT semuanya indah ..
hari pendaftaran aku berjalan dengan lancar . bila family nak balik , aku rasa sebak , yelakan first time berjauh dengan family . aku ingatkan esoknyer aku okay . tup tup , lain pulak . yerrr , baru aku tahu camne perasaan HOMESICK !! dulu mengata orang , kang dah kene kat batang hidung sendiri . padan muka aku .
hari berganti hari , ku rawat jua perasaan gundah gelana ku .. orientasi aku selama 3 hari pun berjalan dengan lancar . walaupun letih tapi best . paling aku suke orientasi kat KAMSIS .. terbaik laa .. new friends !! new life !! meh2 , jemput2 usha gambo nih ..
yan , aku , hidayah , rahma
networking students
jiran2 tetangga
ermm , kire terbako jugak laa kulit muka aku buat bende nih .. 2 jam kot , panas pulak tu!
matrik kad :)
sedar tak sedar dah dua minggu aku kat Ipoh . alhamdulillah , aku dapat manage semua bende di sini . family and member2 pun selalu nasihat suruh aku jaga diri aku kat sini . insyaaAllah , aku akan pegang kata2 itu .
IN THE END ,, DIP. NETWORKING SYSTEM , INSYAAALLAH , BERBEKALKAN 3 TAHUN , AKU AKAN CUBA DAN TERUS CUBA . ADA HWAITING !!!
Sunday, 9 December 2012
bicara hati
Assalamualaikum semua ..
Lame sudah aku tidak meng'update' blog aku . sudah bersawang dah . kini aku bebas dari SPM . walaupun , aku bebas . tapi aku masih digeruni dengan result SPM aku . harap dapat flying colour lahhh(harapan) . actually , aku sebenarnya masih berharap agar aku boleh bersekolah semula .
Member : alaaa , klau nak sekolah sangat masuk laa Form 6 ( ayat separuh perli ) Aku : tak same yob . aku nak semua kawan2 macam sekolah lama . baru best . Member : ngade2 , tu lahh , waktu sekolah dulu main2 , sekarang dah gedik2 nak sekolah -.-*terima kasih atas syarahannya ..
tapi , nak buat macam mane , masa tidak boleh diundur lagi . waktu hantar buku teks baru nih , tak tergambar macam mane gembira dapat jumpe member2 aku . seronok beno .
life aku sekarang , ermmm , entahlah . menghitung hari yang sepi tanpa sebarang aktiviti yang menarik . kakak aku pulak dah sambung belajar . kawan2 aku semua busy . ade yang kerja laa . ade yang pergi kursus laa . sampai bagi mesej kat diorang pon tak balas . sampai hati . touching ( gedik laa plak ) . bapak aku pulak tak bagi kerja . dia cakap duduk umah , belajar masak , jadi perempuan yang sebenar . yolahh , anakmu menurut perintah .
aku menanti dan terus menanti . ape yang nantikan pulak nih ? aku menantikan insan yang sentiasa sinar menerangi hari - hariku . I Miss You , Mr. Perfect . dia lelaki budiman . dia lelaki gentleman . dia lelaki yang memahami . dia lelaki yang bijak . dia .... segalanya . tapi , aku serahkan segalanya pada jodoh . terlalu awal memikirkan tentang jodoh .
sampai disini dulu ceritaku . pening makan durian banyak sangat . sampai tak boleh nak tulis sebab dah hilang idea .
Wednesday, 6 June 2012
Monday, 4 June 2012
Gerhana Bulan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nak tahu macam mana gerhana bulan wujud ? Gerhana bulan wujud apabila bulan sebahagian daripada bayang - bayang bumi . Gerhana bulan ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari , bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama , atau sangat hampir . Hari ini , malam ini , 4/6/2012 , meh kite usha bulan malam karang (kot-2 nampak) .
Nak tahu macam mana gerhana bulan wujud ? Gerhana bulan wujud apabila bulan sebahagian daripada bayang - bayang bumi . Gerhana bulan ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari , bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama , atau sangat hampir . Hari ini , malam ini , 4/6/2012 , meh kite usha bulan malam karang (kot-2 nampak) .
p/s : dengar - dengar planet Zuhrah akan melalui bumi pada 6 jun 2012 nih . :)
Wednesday, 30 May 2012
sepetang di kolej komuniti k.kangsar
assalamualaikum . aku tak tau nak tulis ape daaa , korang tengok laa sendiri gambar2 dibawah ini yang aku uploadkan . oleh sebab facebook aku dah deactive atas sebab2 tertentu , aku uploadkan jugak kat blog aku . gambar nih waktu hari rabu 25/4/2012 . aku pergi ke kolej komuniti sebab ade ceramah pasal kegiatan jenayah kat malaysia . pasukan startkick yang beri domonstrasi macam mana nak tangani masalah nih . pasukan startkick nih diketuai oleh seorang hamba Allah yang dikenali sebagai 'daddy' . banyak input dengan output bile pergi ceramah tuh , sekolah kami dipilih ( 3 buah sekolah ) sekolah aku , smk temenggong kati dan lagi satu sekolah aku tak ingat . aku balik dari sekolah pukul 12.00 tgh hari . sampai sekolah balik pukul 2.00 petang . tapi , bertolak dari sekolah 3.00 petang . -.- . penat tunggu ! penat penat pun dapat aku tangkap gambo , yelaa , kenangan form5 . tahun last kot . sampai disana , sekolah kami disambut dengan wanita UMNO bhgian K.Kangsar . bila aku nak masuk , mereka (wanita UMNO) bagi makanan ringan mcm cekelat2 gitu . okelahh , terimas sgt2 . meh usha jap gambo2 kat bawah nih .
skip. skip . skip , dah pukul 6.00 petang . time untuk balik dapat lagi makanan , yess , makan lagi .hehe . naik bas lalu kat lubuk (buat buat tahu jela) . wehhh , pening giler . tapi hari itu hari paling best . paling best ke ? best laa jugak ~
mira n mila
mira , mimie , mila , nad , yun
we're SPM victim !!
dibah , milah , mira , dayang , yun
nak tau aku yang mane ? yang tengah tuh aku lerr
mereka sentiasa bersama
p.ketua pengawas nih :)
shida n mimie jugak <3
cegu amir yang uruskan program nih
!!.adah n atyn .!!
siti n najihah
gambar 3 diatas nih apabila sorg daripada budak skolah aku naik pentas . DIN name dia
zam malu2 plak
muka dia lagi
mereke kawan aku
one more snap :)
skip. skip . skip , dah pukul 6.00 petang . time untuk balik dapat lagi makanan , yess , makan lagi .hehe . naik bas lalu kat lubuk (buat buat tahu jela) . wehhh , pening giler . tapi hari itu hari paling best . paling best ke ? best laa jugak ~
salam , shuhada
kisah hati 25/5/2012
25/5/2012
genap dua tahun .. apa dia erk ? biar aku sahaja yang tahu . biar hati ini sahaja yang tahu .
dikala malam yang sunyi aku sentiasa mengenangkan dirimu . aku tak tahu kenapa sukar untuk aku melupakan kamu . memang aku terlalu muda untuk berbicara tentang cinta , tetapi aku tak boleh menafikannya . saranghae . chuwahae . bogoshipda . otooookkaaaaajoooo???????? kini , satu kelas aku tahu siapa dia dihati aku .
dua hari kemudian , birthday dia yang ke-17 . aku sendiri serba salah dengan pemberian hadiah itu . maklumlah aku mane ade pengalaman bagi hadiah kat orang lain . dia yang first . itu pun atas nasihat seorang hamba Allah dalam kelas aku tuh . "betul ke ape buat nih ?" , ayat itu jer yang terlintas di kepala aku setiap hari . bila aku teringatkan kamu , aku sentiase nyanyi lagu nih .
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
genap dua tahun .. apa dia erk ? biar aku sahaja yang tahu . biar hati ini sahaja yang tahu .
dikala malam yang sunyi aku sentiasa mengenangkan dirimu . aku tak tahu kenapa sukar untuk aku melupakan kamu . memang aku terlalu muda untuk berbicara tentang cinta , tetapi aku tak boleh menafikannya . saranghae . chuwahae . bogoshipda . otooookkaaaaajoooo???????? kini , satu kelas aku tahu siapa dia dihati aku .
dua hari kemudian , birthday dia yang ke-17 . aku sendiri serba salah dengan pemberian hadiah itu . maklumlah aku mane ade pengalaman bagi hadiah kat orang lain . dia yang first . itu pun atas nasihat seorang hamba Allah dalam kelas aku tuh . "betul ke ape buat nih ?" , ayat itu jer yang terlintas di kepala aku setiap hari . bila aku teringatkan kamu , aku sentiase nyanyi lagu nih .
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
kau sentiasa ilhamku ..
nah bunga untuk kamu , SA
Wordless Wednesday ~ Rooftop Prince
Assalamualaikum , hai semua . sudah lama tak post something kat blog nih . aku saja nak masukkan gambar2 citer Rooftop Prince . jom tengok .
last episode
prince lee gak
this picture make me laugh so much
I love them
prince lee gak with park ha
do chi san , song man bo , lee gak , yoo chul
last episode
second and third last episode memang sedih giler . tak pernah aku menangis beria sangat bila tengok citer korea . tapi citer rooftop prince memang menyentuh emosi gua lerr .
salam , shuhada
Subscribe to:
Posts (Atom)

























.jpg)



